X

Kindly register in order to view this article
!

John Bolton bakal dedah 'rahsia' Trump

John Bolton
A
A

WASHINGTON - Tekanan semakin meningkat dalam perbicaraan berhubung pemecatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump selepas bekas Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton dijangka dipanggil sebagai saksi dalam kes tersebut.

Sebelum ini, Bolton pernah membongkar rancangan bilionair hartanah terbabit untuk membekukan dana bantuan kepada Ukraine untuk mendapatkan sokongan politik.

Dakwaan Trump menyekat bantuan ketenteraan berjumlah AS$391 juta (RM1.5 bilion) untuk memberi tekanan kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bagi menyiasat bekas Timbalan Presiden, Joe Biden dan anak lelakinya itu turut didedahkan menerusi manuskrip buku yang tidak diterbitkan yang dilaporkan oleh The New York Times kelmarin.

Minggu lalu, Presiden ke-45 AS itu berkeras beliau tidak mahu Bolton yang dipecat olehnya pada September 2019 memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut atas alasan kebimbangan keselamatan negara.

Senat dijangka menyelesaikan isu sama ada untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan menerusi proses undian pada Jumaat atau Sabtu ini.

Sehingga kini, anggota Republikan di Senat enggan membenarkan mana-mana saksi atau bukti baharu dikemukakan dalam perbicaraan tersebut. - AFP