Solat hajat setiap hari di masjid, surau Selangor

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM -‪ Solat hajat bagi memohon kesejahteraan rakyat dan negeri dari penularan wabak penyakit diadakan di seluruh masjid dan surau di Selangor bermula malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika memaklumkan perkara itu menerusi akaun Facebooknya berkata, ia akan diadakan setiap hari selepas solat Zohor dan Isyak.

‪"Solat sunat hajat memohon kesejahteraan rakyat dan negeri Selangor dari penularan wabak penyakit akan diadakan di seluruh masjid dan surau bermula malam ini selepas solat fardu Zohor dan Isyak setiap hari.

"Bersama kita bermunajat kepada ALLAH SWT agar negeri ini kekal aman dan sentosa," katanya menerusi status dimuat naiknya malam tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat serta doa selamat bagi memohon kepada ALLAH untuk terus memelihara negara dan rakyat daripada wabak koronavirus.

Baginda bertitah, ia berikutan peningkatan penularan wabak koronavirus di China dan negara lain yang dikesan dibawa masuk oleh warga China.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada 106 orang

Artikel Berkaitan: