Cuaca panas: MB Kelantan mohon laksana solat hajat

Sebelum ini media turut melaporkan tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob meminta umat Islam di negeri ini mengadakan solat hajat memohon hujan mengelakkan kemarau melampau.

Ahmad melalui kenyataan di Facebook beliau pada Selasa berkata, kemarau berpanjangan turut memusnahkan tanaman.

"Negara kini berhadapan dengan cuaca terlalu panas yang dijangka sehingga Ogos depan berikutan peralihan monsun.

"Untuk itu, saya menyeru rakyat Kelantan perbanyakkan istighfar dan berdoa kepada ALLAH SWT serta mengambil peluang solat hajat di rumah masing-masing," katanya.

Beliau memohon imam melaksanakan solat hajat di masjid atau surau di seluruh negeri memohon hujan pada kadarnya untuk kesejahteraan penduduk.

"Semoga dengan usaha dan ikhtiar ini, ALLAH SWT menurunkan rahmat-Nya kepada kita semua dengan menganugerahkan hujan secara merata lagi menyegarkan bumi ini," katanya.

Sebelum ini media turut melaporkan tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

Kawasan terlibat di Semenanjung ialah Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan).