Henti sebar maklumat palsu mengenai koronavirus: Abdul Hamid

Abdul Hamid (kanan) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Video Korporat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Maktab PDRM Cheras hari ini. - Foto Bernama
Abdul Hamid (kanan) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Video Korporat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Maktab PDRM Cheras hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menggesa masyarakat supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung wabak koronavirus kerana ia boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

Abdul Hamid berkata, individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan maklumat palsu.

"Sekarang ramai sangat ‘doktor pakar’ dalam kalangan masyarakat kita, ada ‘doktor separuh masak’ yang memberi pandangan dan nasihat kepada orang ramai.

“Entah daripada mana sumber diperoleh itu, kemudian disebar secara meluas di laman sosial,” katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Abdul Hamid berkata, orang ramai seharusnya yakin dengan kenyataan dan maklumat sahih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk perkembangan mengenai wabak berkenaan.

"KKM mengeluarkan kenyataan setelah mendapat maklumat daripada rakan serantau mengenai wabak tersebut," katanya.

Abdul Hamid turut memaklumkan pihaknya juga bekerjasama rapat dengan KKM dan beberapa agensi lain bagi menangani isu berkaitan wabak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawan 'viral' dalam episod koronavirus

Artikel Berkaitan: