TH teruskan bantuan, beri pilihan kepada bakal haji lulus rayuan

Borang Rayuan Haji bagi musim 2020 yang baharu dikeluarkan oleh TH.
Borang Rayuan Haji bagi musim 2020 yang baharu dikeluarkan oleh TH.
A
A
A

SHAH ALAM - Tabung Haji (TH) melaksanakan penambahbaikan dengan memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan kepada jemaah yang ingin menunaikan ibadah itu pada musim haji 2020.

TH dalam satu kenyataan berkata, borang tersebut memberi ruang kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan dan sekiranya terpilih, mereka boleh membuat pilihan sama ada ingin membayar penuh kos iaitu RM22,900 atau mendapatkan bantuan subsidi dengan hanya bayaran RM9,980 bagi menunaikan haji secara muassasah.

"Untuk tahun-tahun yang sebelum ini, TH sudah pun memberi pilihan kepada jemaah haji muassasah untuk membayar penuh.

"Jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh bayaran haji, maka bayaran RM9,980 kekal," menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa bantuan masih diteruskan bagi musim haji tahun ini.

"Bakal haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama termasuk mereka yang berjaya dalam permohonan rayuan haji hanya membayar RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Bagi yang merayu, keutamaan pemilihan akan diberikan kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelumnya tetapi terpaksa menangguhkan pemergian haji.

"Keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikut iaitu 2021," katanya.

Artikel Berkaitan: