Pahang peruntuk RM1 juta sumbangan tunai buat bakal haji

Wan Rosdy menyampaikan sumbangan tunai kepada salah seorang bakal haji sempena Majlis Perasmian Kursus Haji Perdana dan Penyampaian Insentif Haji Peringkat Negeri Pahang 2023 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Ahad.

A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyalurkan sumbangan RM500 kepada hampir 2,000 bakal haji dari negeri ini yang akan menunaikan ibadah itu tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan melalui Bantuan Prihatin Pahang yang pertama kali disalurkan itu membabitkan peruntukkan RM1 juta.

Menurutnya, sumbangan 'duit poket' yang dihulurkan itu bagi membantu meringankan beban bakal-bakal haji dalam menyediakan persiapan sebelum berangkat ke tanah suci.

"Sumbangan ini akan diteruskan dengan mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan negeri.

Wan Rosdy (kanan) menyerahkan cek Bantuan Prihatin Pahang kepada Zulkifle untuk diagihkan kepada bakal haji dari Pahang yang akan berangkat ke tanah suci tahun ini.
Wan Rosdy (kanan) menyerahkan cek Bantuan Prihatin Pahang kepada Zulkifle untuk diagihkan kepada bakal haji dari Pahang yang akan berangkat ke tanah suci tahun ini.

"Buat permulaan sumbangan bermula dengan RM500 dan saya percaya dengan kemampuan kewangan kerajaan negeri, jumlah sumbangan itu akan dinaikkan lagi pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kursus Haji Perdana dan Penyampaian Insentif Haji Peringkat Negeri Pahang 2023 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Ahad.

Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Dr Zulkifle Ali.

Wan Rosdy (dua dari kiri) beramah mesra bersama bakal haji yang hadir pada Majlis Perasmian Kursus Haji Perdana dan Penyampaian Insentif Haji Peringkat Negeri Pahang 2023 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Ahad.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri turut membekalkan pek makanan Juadah Makmur kepada jemaah haji dari Pahang ketika berada di tanah suci melibatkan peruntukan RM84,000.

"Setiap jemaah akan menerima tiga pek makanan itu terdiri nasi putih bersama lauk kari ayam, ayam kurma dan nasi lemak,"jelasnya.

Sementara itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) kerana sentiasa berusaha memastikan perjalanan bakal jemaah haji berjalan lancar.

"Proses ibadat haji memerlukan tenaga dan kesihatan yang baik jadi semua bakal haji dinasihatkan mengikuti pesanan pihak TH dan panduan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) supaya dapat menyempurnakan ibadat dalam keadaan selesa," ujarnya.