X

Kindly register in order to view this article
!

Koronavirus: 1,771 kes baharu dilaporkan di 30 wilayah China

coronovirus
Petugas kesihatan memeriksa suhu orang awam wanita bagi menangani penularan wabak koronavirus. - Foto Getty Images
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia melaporkan sebanyak 1,771 kes koronavirus baharu dilaporkan berlaku di 30 buah wilayah di China sehingga semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedutaan itu hari ini, sebanyak 515 kes dikategorikan teruk dilaporkan berlaku dengan 26 kes kematian baharu dicatatkan iaitu 24 kes di Hubei dan masing-masing satu di Beijing dan Hainan.

Sembilan kes baharu dilaporkan berjaya ditangani dan 2,077 kes disyaki dilaporkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada 106 orang

Sehingga jam 12 tengah malam pada 27 Januari, Suruhanjaya Kesihatan Nasional China melaporkan sejumlah 4,515 kes telah disahkan dengan 106 angka kematian dilaporkan.

Sementara 60 orang telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pemulihan.

Pada masa ini, 47,833 kontak kes telah dikesan dengan 914 orang dibebaskan dan 44,132 orang lagi sedang dipantau rapi kesihatan mereka.