X

Kindly register in order to view this article
!

Tragedi motosikal bergesel, seorang lagi mangsa meninggal

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian ( Gambar kecil: Mohamad Noor)
A
A

KUANTAN - Seorang lagi mangsa kemalangan melibatkan lima motosikal di Kilometer 201, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini disahkan meninggal dunia semalam.

Mangsa, Mohd Firdaus Shamsudin, 37, dari Kampung Luit, Maran disahkan meninggal dunia jam 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kematian mangsa terbaru itu menjadikan empat terkorban dan seorang cedera.

Dalam kejadian jam 9.30 malam 25 Julai lalu, tiga penunggang maut selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri ketika dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Maran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut motosikal bergesel sesama sendiri

Dah edar kad kahwin...

'Arwah janji beli barangan Aidilfitri awal'

Mangsa, Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25, Azlee Mat Daud, 40, dan Syamil [email protected], 32, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi penunggang, Mohd Issham Sulaiman, 32, cedera di bahagian kaki.

Mohamad Noor berkata, ketika kejadian, lima rakan dari Maran itu berkonvoi dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Maran.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri sebelum terbabas dan terjatuh di atas lebuh raya," katanya.

Beliau berkata, kemalangan meragut empat nyawa itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.