'Arwah janji beli barangan Aidilfitri awal'

Nurul Azmira bersama salah seorang anaknya menyirami pusara arwah suaminya hari ini.
Nurul Azmira bersama salah seorang anaknya menyirami pusara arwah suaminya hari ini.
A
A
A

MARAN - Isteri kepada mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lima motosikal di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Nurul Azmira Mat Rasul, 26, mengakui reda dengan pemergian suaminya, Allahyarham Syamil Nazir.

Nurul Azmira yang sedang berpantang selepas dua bulan melahirkan anak mereka, Daaris Hafiy ditemui di pekarangan Tanah Perkuburan Kampung Chedong di sini hari ini.

Menurutnya, suaminya berjanji membeli barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri hari ini kerana mahu membuat persiapan lebih awal selepas menerima gaji.

Syamil antara tiga mangsa yang maut dalam kemalangan malam tadi.

Nurul Azmira berkata, kali terakhir dia bercakap dengan suaminya melalui telefon kira-kira jam 7 malam sebelum kejadian itu dan Syamil memberitahu dia sudah sampai bersama rakan-rakannya di sebuah restoran di Tanjung Lumpur.

"Cuma semalam (kelmarin) arwah tidak membalas sebarang mesej dan berbeza sebelum ini, tidak pernah tak balas dan hanya menjawab panggilan telefon tersebut.

"Memang saya rasa tidak sedap hati tetapi tidak sangka arwah meninggalkan kami semua sekelip mata," katanya.

Artikel Berkaitan:

Suasana di tapak perkuburan di mana dua jenazah iaitu Syamil dan Azlee dikebumikan di lokasi sama hari ini.
Suasana di tapak perkuburan di mana dua jenazah iaitu Syamil dan Azlee dikebumikan di lokasi sama hari ini.

Akur dan reda dengan kehilangan suaminya, Nurul Azmira yang hanya seorang surirumah tabah dengan pemergian Syamil.

"Kali terakhir kami jumpa pada Sabtu lalu sebelum arwah bersama rakan-rakan ke Kuantan dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan. Memang saya sedar hobi arwah suami suka berkonvoi," katanya.

Syamil, 32, yang bekerja sebagai pekerja am di Alam Flora di sini dikebumikan di tanah perkuburan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.

Turut dikebumikan di lokasi sama ialah rakan Allahyarham, Azlee Mat Daud, 39, manakala seorang lagi rakan mereka, Amirul Faris Abdullah, 25, di Tanah Perkuburan Sentosa hari sama.

Ismail (kanan) menyampaikan kata-kata semangat kepada Nurul Azmira ketika ditemui di tapak perkuburan terbabit.
Ismail (kanan) menyampaikan kata-kata semangat kepada Nurul Azmira ketika ditemui di tapak perkuburan terbabit.

Hadir sama di tanah perkuburan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Ab Mutallib yang turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada waris mangsa terlibat.

Allahyarham meninggalkan empat lagi anak selain iaitu Damia Husna,10, Danish Hakimi, 8, Dayana Humairah, 6 dan Dalila Huzairah, 4.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga-maut-motosikal-bergesel-sesama-sendiri-di-LPT