X

Kindly register in order to view this article
!

Dah edar kad kahwin...

Allahyarham Muhammad Amirul Faris
A
A

MARAN - [DIKEMASKINI] Sebahagian kad kahwin Allahyarham Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25, yang dijadulkan pada 28 Mac nanti sudah diedarkan.

Adik Allahyarham, Aiman Afiq, 23, berkata, semua persiapan untuk perkahwinan abang sulungnya dengan pasangannya yang berasal dari Terengganu itu sedang dilakukan ahli keluarga mereka.

"Kad kahwin sebahagiannya telah diedarkan dan ada rakan-rakan yang dimaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut motosikal bergesel sesama sendiri

"Ibu kami paling sedih dengan pemergian abang kerana arwah sangat rapat dengannya. Abang pun bekerja membantu mengusahakan katering milik keluarga kami," katanya.

Menurutnya, arwah melibatkan diri dalam aktiviti konvoi kira-kira setahun lalu.

"Kali terakhir saya berjumpa arwah pagi semalam (kelmarin) dan dia pun lebih banyak berdiam diri sedangkan selama ini dia suka bergurau.

"Saya memang tak tahu langsung dia pergi ke Kuantan sebab abang langsung tidak beritahu kami semua," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Aiman Afiq berkata, dia dan keluarga reda dengan pemergian abang sulungnya itu.

Jenazah Muhammad Amirul Faris dikebumikan di Tanah Perkuburan Sentosa kira-kira jam 11.30 pagi tadi.