Jangan mudah sebar berita koronavirus palsu: MB Selangor

 Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat di Selangor tidak terkecuali daripada diberi peringatan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berhubung penularan koronavirus di negara ini bagi mengelakkan orang ramai bertambah panik.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebaliknya masyarakat diharap dapat menyebarkan informasi berguna daripada aspek pencegahan wabak berjangkit itu.

“Sebarkan maklumat yang sahih untuk manfaat bersama dan rujuk informasi terkini daripada @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Beliau turut menyatakan beberapa panduan boleh diikuti oleh orang ramai dalam usaha mengurangkan risiko dijangkiti wabak tersebut.

"Kerap basuh tangan dengan pencuci berasaskan alkohol atau sabun serta air. Tutup mulut dan hidung dengan lengan atau apabila batuk atau bersin. Kemudian buang tisu dan basuh tangan," katanya.

Artikel Berkaitan: