Doktor, jururawat mohon doa rakyat Malaysia

Entri Bel meraih 12,000 tanda sedih dan 8,700 perkongsian.
Entri Bel meraih 12,000 tanda sedih dan 8,700 perkongsian.
A
A
A

SUNGAI BULOH – Seorang pengguna Facebook melahirkan rasa simpati dan bimbang terhadap kakitangan di Hospital Sungai Buloh yang menjadi benteng hadapan bagi membendung penularan koronavirus di Malaysia.

Bel Nawhen meluahkan perasaan itu di laman Facebooknya, memandangkan terdapat rakan-rakannya yang sedang bekerja di Hospital Sungai Buloh, di sini dan dia memuat naik entri mengenai kakitangan hospital itu yang nampaknya terpaksa berdepan risiko jangkitan koronavirus.

“Rakan doktor saya, rakan jururawat saya, rakan PPP saya, rakan PPK, rakan PPKP, rakan PKA saya serta rakan mlt saya semua sedang bersiap siaga menyaring serta mengekang rebakan koronavirus dari berlaku.

“Ya, mereka yang anda sering viralkan, mereka yang sering anda tuduh makan gaji buta, mereka yang tidak habis-habis anda perkecilkan itu yang akan mula-mula berdepan dengan virus ini. Masih lagi rasa mereka ini tidak ada gunanya di mata anda?.

“Wahai doktor, pegawai perubatan, jururawat dan barisan hadapan serta mereka yang bekerja kuat dalam kes ini, semoga ALLAH melindungi kalian daripada jangkitan dan semoga pekerjaan yang dilakukan diberkati oleh ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, entri Bel kini tular di media sosial hingga meraih 12,000 tanda sedih dan 8,700 perkongsian.

Antara reaksi netizen mendoakan pasukan perubatan diberi kekuatan dan dilindungi daripada jangkitan supaya boleh menggalas amanah diberikan dalam merawat pesakit koronavirus.
Antara reaksi netizen mendoakan pasukan perubatan diberi kekuatan dan dilindungi daripada jangkitan supaya boleh menggalas amanah diberikan dalam merawat pesakit koronavirus.

Rata-rata netizen mendoakan pasukan perubatan diberi kekuatan dan dilindungi daripada jangkitan agar boleh menggalas amanah yang diberikan dalam merawat pesakit koronavirus.

Artikel Berkaitan:

“Risau bila tengok doktor-doktor kita sudah mula merawat pesakit koronavirus...Bila tengok apa yang kini sedang terjadi di Wuhan, takut sangat ia akan berlaku di Malaysia. Semoga mereka dilindungi daripada virus tersebut,” tulis Nazri Ahmad di Facebook.

Nazirah Daud pula memberitahu “Kerajaan Malaysia perlu menghentikan kemasukan pelancong China agar tiada lagi rakyat Malaysia yang dijangkiti virus ini. Kuatkan semangat buat doktor dan jururawat di Sungai Buloh. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan anda.

Sementara itu ramai doktor dan jururawat mengharapkan doa seluruh rakyat Malaysia agar tidak dijangkiti virus tersebut sekali gus dapat menghalang virus tersebut daripada tersebar.

“Saya akan oncall pada Isnin depan di Hospital Sungai Buloh dengan memakai sut perlindungan diri. Doakan semua kakitangan kesihatan selamat, Amin,” luah Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi.