Langgar lebih sepuluh kenderaan

Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 46 tahun dikatakan merempuh beberapa buah kenderaan lain di Flat Kota Pendamar 2, Klang malam tadi.
Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 46 tahun dikatakan merempuh beberapa buah kenderaan lain di Flat Kota Pendamar 2, Klang malam tadi.
A
A
A

KLANG - Seorang pemandu pacuan empat roda ditahan selepas dipercayai melanggar lebih sepuluh kenderaan dalam kejadian di Flat Kota Pendamar 2, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.35 malam ketika lelaki berusia 46 tahun itu melanggar beberapa kenderaan di kawasan parkir di flat terbabit.

"Lelaki itu dikatakan dalam perjalanan dari Pendamar Indah menghala ke Pelabuhan Klang. Siasatan mendapati kejadian membabitkan 12 kenderaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selepas melanggar kereta yang diparkir itu pemandu berkenaan memecut kenderaannya tetapi berhenti setelah melanggar tiang elektrik.

"Pemandu itu mengalami kecederaan tetapi tidak membabitkan individu lain.

"Kita akan melakukan ujian air kencing sebelum membuat permohonan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45a(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: