Koronavirus: China sahkan sudah 81 kematian

Sebanyak 2,774 kes keseluruhan dilaporkan sehingga malam tadi di China, 769 daripadanya kes baharu, 80 kematian dan 461 kritikal. - Foto Xinhua
Sebanyak 2,774 kes keseluruhan dilaporkan sehingga malam tadi di China, 769 daripadanya kes baharu, 80 kematian dan 461 kritikal. - Foto Xinhua
A
A
A

WUHAN - [DIKEMASKINI] Pihak berkuasa kesihatan China hari ini mengesahkan terdapat 2,744 kes pneumonia disebabkan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) termasuk 461 dalam keadaan kritikal, setakat malam tadi.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara berkenaan, dalam tempoh 24 jam lalu dilaporkan, sebanyak 769 kes baharu disahkan, manakala 3,806 kes disyaki dan 24 kematian di Hubei.

"Menjelang Ahad, 80 kematian dicatatkan akibat radang paru-paru. Seramai 51 orang sudah pulih, manakala 5,794 kekal sebagai pesakit yang disyaki.

"Sejumlah 32,799 kenalan rapat pesakit dikenal pasti pernah berhubung dengan pesakit, seramai 30,453 sedang menjalani pemerhatian perubatan manakala 583 orang lagi telah dibenarkan keluar wad," kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, 17 kes disahkan di tiga wilayah iaitu lapan kes di Hong Kong, Macau (5) dan Taiwan (4).

Sementara itu, jumlah kes dilaporkan di luar negara ialah Thailand (7), Jepun (3), Republik Korea (3), Amerika Syarikat (3), Vietnam (2), Singapura (4), Malaysia (4), Nepal (1), Perancis (3) dan Australia (4).

Artikel Berkaitan: