Segera bertindak kekang koronavirus: MB Pahang

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang menggesa tindakan pencegahan paling efektif diambil Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan penyebaran wabak koronavirus di negara ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian visa percuma kepada warga China juga wajar dikaji semula ekoran penularan wabak yang berasal dari negara itu.

“Dunia digegarkan dengan wabak merbahaya ini. Keputusan itu wajar dibekukan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali terkawal memandangkan wabak ini boleh mengancam nyawa.

“Oleh itu Malaysia juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan koronavirus mudah berjangkit, tidak mempunyai vaksin mahupun penawar serta boleh mengancam nyawa,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook rasminya, semalam.

Wan Rosdy berkata, kerajaan harus sentiasa mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan rakyat jelata termasuk dalam isu ini.

“Semoga kita semua berada di bawah payung lindungan yang Maha Esa,” katanya.

Artikel Berkaitan: