Koronavirus: Kerajaan perketat pintu masuk negara

Sistem Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan, (MyCPRC) memaparkan keadaan terkini penularan wabak koronavirus di Malaysia dan seluruh dunia di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) hari ini. - Foto Bernama
Sistem Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan, (MyCPRC) memaparkan keadaan terkini penularan wabak koronavirus di Malaysia dan seluruh dunia di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan melipatgandakan kesiapsiagaan dan pemantauan 24 jam susulan pengesahan tiga kes positif jangkitan pertama koronavirus di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemantauan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara kini diperketatkan.

“Mesin termal (di pintu masuk negara) kesemuanya berfungsi dan mencukupi. Setakat ini keadaan adalah dalam kawalan,” katanya.

Dengan perkembangan terkini, Pasukan Tindakan Pantas (RRT) dan Pasukan Penilaian Pantas (RAT) Kementerian Kesihatan di lapangan diaktifkan serta-merta bagi menjalankan aktiviti pengesanan kontak di lapangan.

“Semua anggota kesihatan adalah diingatkan untuk memberikan perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan infeksi yang optimum pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata, saringan pesakit di semua fasiliti kesihatan perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan kes yang memenuhi kriteria akan dirujuk bagi menjalani penyiasatan selanjutnya.

Dr Dzulkefly turut menasihati orang ramai supaya meningkatkan tahap kesedaran dan kewaspadaan berhubung simptom koronavirus. - Bernama

Artikel Berkaitan: