Koronavirus: Krew pesawat, penumpang diimbas di lapangan terbang

- Foto AFP
- Foto AFP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapangan terbang pintu masuk utama di seluruh negara susulan penularan wabak koronavirus di Wuhan, China.

Sebagai pengendali lapangan terbang, MAHB bersama-sama agensi dan syarikat penerbangan berkaitan mengambil langkah tambahan bagi memastikan risiko pendedahan diminimumkan untuk keselamatan semua, terutama penumpang dan kakitangan yang bekerja di terminal.

"Kami memberi jaminan kepada semua bahawa kami mengambil serius ke atas wabak ini dan kami tidak akan menjejaskan kesejahteraan pemegang kepentingan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara langkah yang diambil kementerian dan disokong MAHB ialah menjalankan pemeriksaan haba ke atas penumpang dan anak kapal yang tiba dari China.

Wabak koronavirus mudah merebak melalui batuk dan selesema serta boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Wabak koronavirus mudah merebak melalui batuk dan selesema serta boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera.

"Kami menyediakan ruang perubatan khas untuk tujuan kuarantin di pintu masuk ketibaan untuk menempatkan penumpang yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti virus berkenaan.

"Selain itu, kami menetapkan pintu masuk lain bagi ketibaan penerbangan masuk dari China di kawasan yang lebih dekat dengan tempat khas perubatan bagi mempercepat prosedur kuarantin dan meminimumkan risiko pendedahan kepada orang ramai," kata MAHB.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bekata, bahawa tiga orang yang terdiri daripada lapan warga China yang dikuarantin di Johor Bahru, positif coronavirus novel yang juga dikenali sebagai coronavirus Wuhan.

Artikel Berkaitan:

Ketiga-tiganya kini dirawat di wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga warga China dirawat di Sungai Buloh positif koronavirus

MAHB berkata, rakan kongsi syarikat penerbangan itu membuat pengumuman kepada penumpang dan mengedarkan Kad Amaran Kesihatan (HAC) dikeluarkan kementerian untuk penumpang memaklumkan mengenai keadaan kesihatan mereka,

HAC juga diedarkan di kaunter Imigresen.

Mereka yang demam atau batuk atau menghadapi kesukaran bernafas akan dibawa ke hospital terdekat sebaik tiba.

"Lapangan Terbang menyediakan topeng dan sanitari tangan untuk kakitangan di lokasi strategik di seluruh terminal.

"Malaysia Airports mengingatkan orang ramai supaya memakai topeng setiap masa dan menggunakan 'sanitizer' tangan untuk mengekalkan kebersihan maksimum semasa wabak ini," kata MAHB. - Bernama