Cadang pinda undang-undang tangani pemandu mabuk, dadah

601835
601835
A
A
A

KLANG - Kementerian Pengangkutan sedia meneliti dan mengkaji cadangan untuk meminda akta undang-undang sedia ada berikutan peningkatan kes pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Timbalan Menterinya, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, bagaimanapun sebarang keputusan mengenainya perlu diperoleh daripada semua pihak sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Dari sudut undang-undang, kita akan memastikan tindakan tegas dikenakan kepada semua pengguna jalan raya yang tidak mengikut peraturan supaya mereka lebih berhati-hati, berdisiplin dalam pemanduan," katanya pada sidang media di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini hari ini.

Kamarudin berkata, kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa mengadakan kempen jalan raya melibatkan pengguna supaya lebih berhati-hati terutama pada musim perayaan.

"Secara umumnya kementerian akan memberi perhatian serius terhadap kes membabitkan pengguna jalan raya yang memandu sama ada alkohol atau di bawah pengaruh dadah," katanya.

Mengulas mengenai kejadian pemandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger yang merempuh penunggang motosikal sehingga maut dan dua lagi cedera di Jalan Kebun, Klang, Kamarudin berkata, kes itu masih dalam siasatan.

"Setakat ini, kes mabuk tidak berbangkit kerana pemeriksaan yang dibuat polis mendapati tahap alkohol mencapai tahap yang boleh ditakrifkan dari sudut undang-undang pada tahap kawalan yang dibenarkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Ford Ranger direman empat hari

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit menziarahi pembonceng motosikal Honda EX5, Muhammad Anas Mokti, 27, yang ditempatkan di Wad Orkid 6B HTAR.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pakar yang merawat Muhammad Anas mengesahkan dia mengalami kecederaan pada tulang pinggul dan paha kanan.

"Keadaannya semakin stabil dan saya dimaklumkan hospital ini (HTAR) akan memberi rawatan yang diperlukan dan berharap proses ini akan berjalan dengan lancar," katanya.