X

Kindly register in order to view this article
!

Koronavirus: China harus bertanggungjawab, kata Kadir Jasin

A. Kadir Jasin
A. Kadir Jasin - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menegaskan wabak koronavirus yang sedang merebak di tengah China dan beberapa negara lain ketika ini berpunca dari pola pemakanan rakyat negara itu.

Menurutnya, selera rakyat China yang suka memakan daging haiwan liar telah menjadi punca beberapa wabak berbahaya sebelum ini.

“Pemakanan berlebihan rakyat China boleh menjadi permulaan kepada pengakhiran umat manusia. China harus letakkan diri mereka bertanggungjawab,” katanya dalam laman sosialnya hari ini.

Dalam kiriman di laman sosialnya, A Kadir turut meletakkan pautan berita dari Channel News Asia yang melaporkan mengenai wabak koronavirus yang melanda Wuhan, China.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Lapan warga China dikuarantin di Johor

Laporan berita itu menyebut haiwan liar seperti ular boleh menjadi punca utama merebaknya koronavirus ini.

Penyakit ini mula dikesan pada Disember tahun lalu di Wuhan, China dan sejak itu koronavirus mula merebak ke beberapa negara seperti Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Singapura.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!