Guru besar tembak mati tiga individu kerana bosan

Prasittichai menunjukkan lokasi dia membuang baju yang dipakai ketika melakukan jenayah bunuh dan rompak kepada pihak polis.
Prasittichai menunjukkan lokasi dia membuang baju yang dipakai ketika melakukan jenayah bunuh dan rompak kepada pihak polis.
A
A
A

LOPBURI - Gara- gara bosan, seorang guru besar bertindak menembak mati tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki semasa merompak sebuah kedai emas di Lopburi, Thailand.

Menurut sumber polis, lebih mengejutkan ramai apabila pendidik itu mendakwa tindakannya membunuh mangsa dua minggu lalu bagi menceriakan hidupnya yang dikatakan bosan, lapor Bangkok Post.

Menurutnya, lelaki yang dikenali Prasittichai Khaokaew, 38, itu disyaki menembak mati tiga individu dan mencederakan empat mangsa lain ketika melakukan rompakan di kedai emas terbabit.

"Suspek yang bertugas di Sekolah Wat Pho Chao ditahan pada Rabu lalu di Lopburi ketika dalam perjalanan ke sekolah berkenaan dan hasil siasatan bahagian jenayah telah mengenal pasti suspek minggu lalu susulan maklumat penduduk setempat.

"Khaokaew ditahan di Lebuhraya 311 di Tha Wung ketika memandu kereta mewah jenis BMW 5 Siri berwarna hitam yang didaftarkan di Bangkok semasa dalam perjalanan ke tempat kerjanya," katanya.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, ketika ditahan, polis tidak menemui senjata dalam kenderaannya namun mendapati ada banyak peluru 9mm iaitu senjata yang sama digunakan ketika rompakan di kedai emas Aurora di Kompleks Robinson, Lopburi, 9 Januari lalu.

"Dia mendakwa menggunakan pistol automatik keluaran Czech, CZ SP-01 milik ayahnya yang juga merupakan seorang bekas polis.

"Khaokaew mengaku melakukan kesalahan itu kerana bosan dengan hidupnya dan mahukan cabaran dan keseronokan untuk menceriakan hidupnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, senjata itu telah diserahkan semula kepada ayahnya selepas sehari selepas kejadian tersebut, begitu juga motosikal Yamaha Fino milik ayah mentuanya yang digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan.

Dalam pada itu, pihak polis tidak mempercayai alasan yang diberikan suspek dan siasatan terperinci masih lagi dilakukan dengan menyoal siasatnya.