Usahawan Johor terima pembiayaan perniagaan RM272.6 juta - KUSKOP

Ewon Benedick (depan, tiga dari kanan) pada Majlis Penutup Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Selatan dan Festival Keusahawanan Maju Johor 2024 di Angsana Johor Bahru Mall
Ewon Benedick (depan, tiga dari kanan) pada Majlis Penutup Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Selatan dan Festival Keusahawanan Maju Johor 2024 di Angsana Johor Bahru Mall
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 13,091 usahawan di Johor dilaporkan telah menerima pembiayaan perniagaan berjumlah RM272.6 juta daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mulai Januari hingga Mei 2024.

Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan berkenaan membabitkan RM81.5 juta kepada 10,762 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) manakala RM41.8 juta lagi melibatkan 2, 083 usahawan TEKUN Nasional.

"Pembiayaan berkenaan turut diberikan Bank Rakyat kepada 297 usahawan dengan nilai RM57.3 juta selain SME Bank turut meluluskan pembiayaan berjumlah RM91.4 juta kepada 37 usahawan dan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menerusi pembiayaan francais kepada dua syarikat berjumlah RM660,000.

"Tahun lalu KUSKOP menerusi agensinya turut menyalurkan pembiayaan kepada usahawan dan koperasi berjumlah RM771.4 juta di Johor dan RM165.8 juta di Melaka dan hari ini, sebanyak RM25.7 juta bantuan cek pembiayaan diberikan kepada 389 usahawan yang layak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Penutup Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Selatan dan Festival Keusahawanan Maju Johor 2024 di Angsana Johor Bahru Mall dekat sini pada Ahad.

Untuk rekod, sejumlah RM1.13 juta jualan tunai berjaya dicatatkan sepanjang tiga hari penganjuran SDSI Wilayah Selatan yang bermula Jumaat lalu dengan

sasaran awal jualan tunai sebanyak RM1 juta.

Sementara itu, Ewon Benedick berkata, program berkenaan akan diteruskan kerana ia dilihat sebagai pemangkin dalam meningkatkan imej produk serta perkhidmatan SDSI.

Artikel Berkaitan:

"Selain berjaya mencatatkan potensi pembiayaan berjumlah RM23.9 juta dan potensi padanan perniagaan RM17 juta, sebanyak RM9.221 juta potensi jualan padanan niaga turut berjaya dicatatkan dalam showcase Wilayah Selatan, kali ini.

"Oleh itu, kita berharap agar produk-produk ini bukan sahaja menjadi jaguh di rantau ini tetapi mendapat tempat serta permintaan tinggi di peringkat antarabangsa," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!