Kes jenayah komersial Johor meningkat, kerugian cecah RM3.9 juta

Sebanyak 155 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM3.9 juta direkodkan di Johor sejak 1 Mac hingga semalam. Gambar hiasan
Sebanyak 155 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM3.9 juta direkodkan di Johor sejak 1 Mac hingga semalam. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 155 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM3.9 juta direkodkan di Johor sejak 1 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar berkata, jumlah berkenaan meningkat berbanding 137 kes dengan kerugian RM4.3 juta dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, kes penipuan merupakan penyumbang tertinggi iaitu 123 kes atau 79 peratus sekali gus merekodkan jumlah kerugian tertinggi iaitu lebih RM3.4 juta atau 87 peratus daripada jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan tahun ini.

"Kes penipuan berkenaan melibatkan kes belian dalam talian iaitu 32 kes, pelaburan tidak wujud (18 kes), penyamaran dalam talian atau ‘phone scam’ (18 kes), pinjaman tidak wujud (16 kes) dan lain-lain kes penipuan (39 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

M. Kumar menegaskan pihaknya secara berterusan menjalankan kempen kesedaran jenayah komersial secara bersemuka mahupun melalui media sosial.

Beliau turut menasihatkan orang ramai lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan, selain mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah komersial melalui akaun rasmi JSJK @cybercrimealert dan @JSJK PDRM di Facebook, Instagram dan TikTok.

"Mereka juga disarankan menggunakan talian CCID infoline dan perkhidmatan ‘semak mule’ sebelum membuat sesuatu pembayaran,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: