Britain ratifikasi perjanjian Brexit

Halangan seterusnya untuk ratifikasi rasmi adalah perkenan Ratu Elizabeth II yang dijangka dibuat hari ini seterusnya membuka jalan untuk Britain meninggalkan EU pada 31 Januari.
Halangan seterusnya untuk ratifikasi rasmi adalah perkenan Ratu Elizabeth II yang dijangka dibuat hari ini seterusnya membuka jalan untuk Britain meninggalkan EU pada 31 Januari.
A
A
A

LONDON - Selepas beberapa tahun tertangguh, wakil rakyat Britain semalam akhirnya meluluskan syarat pemisahan bersejarah negara itu dengan Kesatuan Eropah (EU) iaitu sembilan hari sebelum tarikh akhir.

Wakil rakyat di Dewan Rendah menyokong Rang Undang-Undang Perjanjian Penarikan EU yang meratifikasikan perjanjian pemisahan dipersetujui Perdana Menteri, Boris Johnson dengan Brussels tahun lalu.

Tetapi Dewan Pertuanan membuat beberapa perubahan minggu ini termasuk hak warga EU dan pelarian kanak-kanak selepas Brexit.

Dalam siri pengundian dibuat semalam, Dewan Rendah menolak semua lima pindaan dibuat dan menghantar kembali RUU ke Dewan Pertuanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Parlimen Britain lulus pengunduran Brexit

Penolakan itu memaksa Dewan Pertuanan bersetuju dengan rang undang-undang dicadangkan.

Halangan seterusnya untuk ratifikasi rasmi adalah perkenan Ratu Elizabeth II yang dijangka dibuat hari ini, seterusnya membuka jalan untuk Britain meninggalkan EU pada 31 Januari.

Parlimen Eropah perlu menyokong perjanjian itu menerusi pengundian minggu ini tetapi kelulusannya di London mencipta sejarah tersendiri dengan Britain hampir menjadi negara pertama meninggalkan EU yang disertai 28 buah negara anggota itu.

Artikel Berkaitan:

Ia juga adalah kejayaan peribadi besar untuk Johnson yang berkuasa tahun lalu dengan janji menamatkan kemelut politik bertahun lamanya yang memecahkan negara itu dan melumpukan kerajaan.

Pemimpin terdahulu, Theresa May melakukan rundingan Brexit dengan Brussels pada 2018 tetapi Dewan Rendah menolaknya sebanyak tiga kali seterusnya memaksa May meletak jawatan. - AFP