X

Kindly register in order to view this article
!

Parlimen Britain lulus pengunduran Brexit

A
A

LONDON - Parlimen baharu Britain meluluskan rang undang-undang Brexit untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari selepas memperoleh 124 undian majoriti.

Hari ini, Ahli Parlimen mengundi 358-234 terhadap cadangan Perdana Menteri, Boris Johnson sekali gus memecah kebuntuan politik sejak beberapa tahun lalu.

"Ini adalah masa untuk kita bersama sebagai sebuah negara, satu United Kingdom (UK) yang penuh dengan keyakinan baharu dalam memanfaatkan peluang yang ada.

ARTIKEL BERKAITAN: UK, EU capai perjanjian Brexit baharu

"Ia akan dilaksanakan. Kisah selama lebih tiga tahun ini akan berakhir dan kita akan bergerak ke hadapan," katanya kepada Ahli Parlimen sebelum undian pagi tadi.

Kerajaan turut berharap untuk mengadakan undian akhir berhubung pengunduran Brexit pada 9 Januari.

Dalam Pilihan Raya Umum UK yang diadakan minggu lalu, parti pimpinan Johnson, Parti Konservatif menang majoriti 365 daripada 650 kerusi di Dewan Rakyat. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus