Kekalahan Ukraine tidak dijangka

Pemain Romania, Razvan Marin (kiri) dan pemain Ukraine, Mykhailo Mudryk bersaing merebut bola pada aksi Euro 2024. FOTO: AFP
Pemain Romania, Razvan Marin (kiri) dan pemain Ukraine, Mykhailo Mudryk bersaing merebut bola pada aksi Euro 2024. FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Ukraine, Serhiy Rebrov menyifatkan kekalahan pasukannya 3-0 kepada Romania pada Euro 2024 pada Isnin adalah keputusan yang di luar jangkaan.

Dua kesilapan daripada penjaga gol Andriy Lunin mengundang padah apabila Romania mendahului di Munich menerusi kapten Nicolae Stanciu, dengan Razvan Marin dan Denis Dragus melengkapkan kemenangan pada separuh masa kedua.

"Malangnya tiada siapa yang menjangkakan keputusan ini.

"Pemain merasakan mereka tidak melakukan usaha secukupnya. Sebelum perlawanan saya memberitahu mereka kami mewakili sebuah negara besar dan kuat berjuang selama lebih dua tahun untuk kebebasan kami.

"Hari ini kami tidak melakukan yang terbaik, sebab itu mereka (pemain) meminta maaf (kepada peminat). Kami perlu menunjukkan kemampuan kami ketika perlawanan menentang Slovakia," katanya yang membawa Ukraine ke Kejohanan Eropah keempat berturut-turut walaupun negara itu dalam kemelut perang berikutan dengan Rusia.

Rebrov berkata pasukan itu telah mengadakan mesyuarat pemain selepas kekalahan itu dan dia tidak terlibat dalam pertemuan itu.

"Kami semua mempunyai emosi. Semua orang tidak berpuas hati.

“Jika kami tidak menunjukkan prestasi maksimum... maka ia akan menjadi sangat sukar.

Artikel Berkaitan:

"Tidak kira siapa yang menjadi pasukan pilihan, bola sepak adalah mengenai apa yang anda tunjukkan pada hari ini. Hari ini kami tidak menunjukkan tahap kami," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!