Romania menang bergaya di Allianz Arena

Stanciu pencetak gol pertama buat Romania ketika berdepan Ukraine. Foto Agensi
Stanciu pencetak gol pertama buat Romania ketika berdepan Ukraine. Foto Agensi
A
A
A

ROMANIA membuka gelanggang kumpulan E Euro Jerman 2024 dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Ukraine dalam perlawanan yang berlangsung di Allianz Arena pada Isnin.

Perlawanan ini pertemuan kompetitif pertama, Romania dan Ukraine, dengan enam perlawanan sebelumnya merupakan aksi persahabatan.

The Tricolours kendalian Edward Iordanescu terlebih dulu di depan hasil jaringan kapten pasukan yang juga pemain kelab Liga Pro Saudi, Damac FC, Nicolae Stanciu pada minit ke-29 yang merupakan gol tunggal menutup 45 minit separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Blue and Yellow kendalian Serhiy Rebrov berusaha kembali dalam perlawanan dengan meningkatkan tekanan bagi menyaingi pasukan lawan.

Bagaimanapun dua penyudah tonggak kelab Serie A Itali, Empoli Razvan Marin (m-53) diikuti sentuhan pemain Liga Super Turkiye, Gaziantep, Denis Dragus (m-57) cukup menghadirkan tiga mata berharga buat Romania.

Romania akan berdepan pasukan pilihan Belgium di Rhein Energie Stadion pada 23 Jun, manakala Ukraine sebelum itu menanti Slovakia di Dusseldorf Arena pada 21 Jun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!