Sembilan orang termasuk kanak-kanak cedera ditembak di Michigan

Polis menyiasat tempat kejadian tembakan di bandar Rochester Hills, Michigan. Foto AFP
Polis menyiasat tempat kejadian tembakan di bandar Rochester Hills, Michigan. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dalam insiden tembakan di bandar Rochester Hills, Michigan Amerika Syarikat, lapor Sputnik memetik laporan CNN.

Sheriff Oakland County Michael Bouchard berkata, pihak berkuasa menjumpai beberapa senjata api dan tiga lelopak (magazin) peluru kosong ketika tiba di tempat kejadian.

Pihak berkuasa menjumpai beberapa senjata api dan tiga lelopak (magazin) peluru kosong di tempat kejadian. Foto AFP
Pihak berkuasa menjumpai beberapa senjata api dan tiga lelopak (magazin) peluru kosong di tempat kejadian. Foto AFP

Suspek yang keluar dari sebuah kenderaan bertindak melepaskan tembakan.

Polis percaya kejadian itu merupakan tembakan rambang dan punca kejadian sedang disiasat.

Suspek kini terperangkap di dalam sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian, dengan pasukan khas dan kenderaan berperisai dikerah untuk membantu pihak berkuasa tempatan. - Bernama- Sputnik

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!