Kanak-kanak Orang Asli dikhuatiri lemas

Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas semasa mandi manda bersama ahli keluarga di Sungai Nenggiri, Kampung Setawar, Kuala Betis di Gua Musang pada Jumaat.
Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas semasa mandi manda bersama ahli keluarga di Sungai Nenggiri, Kampung Setawar, Kuala Betis di Gua Musang pada Jumaat.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas semasa mandi-manda bersama ahli keluarga di Sungai Nenggiri, Kampung Setawar, Kuala Betis di sini pada Jumaat.

Kejadian sekitar jam 4 petang itu berlaku semasa mangsa, Syamely Nur Aleh Qarni Sham bersama dua lagi ahli keluarganya dipercayai lemas namun dua berjaya diselamatkan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Nik Fakri Mohd Nawi berkata, mengikut maklumat awal yang diterima mangsa dari ibu negara dikatakan pulang bercuti ke kampung bersama ahli keluarga lain sempena Aidiladha.

"Sungai ini terletak di belakang rumah sahaja, dimana kanak-kanak ini bersama ahli keluarganya didakwa mandi-manda.

Seramai 11 anggota telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di persisiran sungai dan 'Surface Searching'.
Seramai 11 anggota telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di persisiran sungai dan 'Surface Searching'.

"Kami dimaklumkan pada awalnya tiga orang yang dikhuatiri lemas namun dua darinya berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.25 petang dan seramai 11 anggota telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di persisiran sungai dan 'Surface Searching'.

Ujarnya, pihak bomba turut memohon bantuan unit anjing pengesan (K9) untuk membantu operasi.

Artikel Berkaitan:

Nik Fakri memberitahu, bagaimanapun operasi ditangguhkan pada jam 7.38 malam atas faktor cuaca gelap dan arus deras.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!