Keracunan makanan: Pembekal makanan antara lapan dirakam keterangan

Laporan Sinar Harian pada Selasa.Gambar kecil: Noor Ariffin Mohamad Nasir
Laporan Sinar Harian pada Selasa.Gambar kecil: Noor Ariffin Mohamad Nasir
A
A
A

GOMBAK - Pembekal makanan antara lapan individu yang telah dirakam keterangan untuk siasatan kes dua kematian akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad berkata, proses rakaman keterangan itu dijalankan pada 10 dan 11 Mei.

"Setakat ini dua laporan polis diterima mengenai kematian akibat keracunan makanan itu.

"Proses rakaman percakapan melibatkan lapan individu termasuk ahli keluarga dan pembekal makanan telah dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, polis turut dalam tindakan untuk memanggil pihak lain bagi siasatan berkaitan kes ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memanggil pengusaha katering, guru dan penganjur program di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chincin, Gombak untuk siasatan kes dua kematian akibat keracunan makanan berkenaan.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan pihak perkhidmatan makanan menghentikan bekalan yang disyaki menjadi punca keracunan makanan pada program sekolah terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kes pertama melibatkan remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun telah memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri program di sekolah berkenaan pada Sabtu.

Mangsa kemudian dilapor mengalami cirit-birit dan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1.30 petang, pada Isnin, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Kes kedua, bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan telah membawa balik makanan selepas selesai program sekolah pada Sabtu.

Kanak-kanak itu kemudian demam, muntah dan cirit birit pada Isnin, sebelum dibawa ibunya ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Keracunan makanan: Pembekal makanan antara lapan dirakam keterangan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Kesihatan #Makanan #KeracunanMakanan #Pembekal #Keterangan #Polis #Bihun #TelurGoreng

The Second Wave - MaxKoMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!