Aidiladha: Aliran trafik menghala pantai timur, utara bergerak perlahan

Setakat 1 tengah hari Sabtu, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Setakat 1 tengah hari Sabtu, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan, menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

Setakat 1 tengah hari, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan arah utara dari Skudai ke Kulai dan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar.

"Selain itu, terdapat beberapa kemalangan dilaporkan berlaku arah utara dari Taiping ke Bukit Merah menyebabkan trafik bergerak perlahan di Kilometer (KM) 191 dan di KM162.5,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Sementara itu di Gua Musang, Kelantan, aliran trafik di pintu masuk sempadan negeri itu di sini lancar dan terkawal meskipun mengalami pertambahan bilangan kenderaan sejak petang semalam, susulan anak perantau mula pulang ke kampung halaman.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan penarikan trafik kira-kira jam 10.30 pagi di Kampung Mentara, bagi melancarkan keadaan lalu lintas yang memasuki jajahan ini.

"Polis turut mendapat bantuan dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Penguat Kuasa Majlis Daerah Gua Musang serta Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), yang bersiap siaga membantu kenderaan yang rosak ketika dalam perjalanan bagi mengelak berlakunya kesesakan,” katanya kepada pemberita di Kampung Setawar, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, polis akan melanjutkan Op Lancar sehingga 20 Jun di Gua Musang, walaupun operasi di seluruh negara akan berakhir pada 17 Jun nanti. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!