Aidiladha: Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini

Keadaan aliran trafik yang bergerak perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidiladha yang disambut umat Islam Isnin ini ketika tinjauan. Foto Bernama
Keadaan aliran trafik yang bergerak perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidiladha yang disambut umat Islam Isnin ini ketika tinjauan. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat jam 8.30 malam ini berikutan pertambahan kenderaan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Menurutnya kenderaan bergerak perlahan menghala pantai timur iaitu dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Bentong.

"Aliran trafik perlahan turut dilaporkan di Bandar Ainsdale ke Pedas Linggi, Hentian Sebelah Pedas Linggi ke Simpang Ampat dan Sedenak ke Simpang Renggam.

"Selain itu, kenderaan bergerak perlahan dari Tapah-Gopeng, Alor Pongsu-Jawi, Juru-Perai dan Seberang Jaya-Plaza Tol Sungai Dua,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya setakat ini aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!