Piala FA: KDA FC tiada masalah singkir BTFC 5-0

Ebenezer (kanan) meledakkan hatrik manakala Amirul Hisham satu jaringan membantu KDA FC menewaskan BTFC di Alor Setar pada malam Jumaat. FOTO KDA FC
Ebenezer (kanan) meledakkan hatrik manakala Amirul Hisham satu jaringan membantu KDA FC menewaskan BTFC di Alor Setar pada malam Jumaat. FOTO KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC tidak mempunyai masalah untuk menyingkirkan kelab Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun (BT) FC 5-0 pada pusingan 16 Piala FA 2024-2025 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Penampilan penyerang Sang Kenari dari Ghana, Ebenezer Assifuah menjadi perhatian penyokong tuan rumah apabila berjaya meledakkan hatrik pada perlawanan kalah mati tersebut.

Pemain import tersebut menjaringkan gol pada minit ke-39, 68 dan 79 bagi menceriakan penyokong tuan rumah.

Dua lagi gol KDA FC diperolehi menerusi Milos Gordic seawal minit ke-15 dan Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-20.

Kejayaan anak buah Nafuzi Zain itu menyaksikan mereka akan bertemu pemenang di antara Sri Pahang FC dan Penang FC pada peringkat suku akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!