Hasrat jadikan Taman Tasik Shah Alam lokasi tarikan aktiviti malam

Taman Tasik Shah Alam. Gambar kecil: Mohd Fauzi
Taman Tasik Shah Alam. Gambar kecil: Mohd Fauzi
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim mahu menjadikan Taman Tasik Shah Alam sebagai destinasi tarikan aktiviti riadah waktu malam pada hujung minggu.

Mohd Fauzi berkata, beliau telah mengarahkan landskap yang terdapat semasa Hari Landskap Negara lalu dikekalkan termasuk hiasan lampu warna-warni yang menerangi kawasan berkenaan.

"Kita akan cuba meriahkan aktiviti waktu malam di bandar Shah Alam dengan jadikan Tasik Shah Alam sebagai destinasi tarikan pelancong.

"Jadi saya arahkan sistem lampu warna-warni di sana dikekalkan untuk membolehkan warga Shah Alam beriadah pada hujung minggu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Taman Tasik Shah Alam akan dijadikan sebagai destinasi tarikan aktiviti riadah waktu malam pada hujung minggu.
Taman Tasik Shah Alam akan dijadikan sebagai destinasi tarikan aktiviti riadah waktu malam pada hujung minggu.

Beliau ditemui pada ditemui pada Hari Anugerah kecemerlangan Akademik 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 di sini pada Jumaat.

Katanya, cadangan tersebut akan dilaksanakan serta-merta setiap Jumaat hingga Ahad.

"Penduduk Shah Alam boleh datang ke lokasi untuk menikmati suasana menarik pada waktu malam.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa sama, saya akan meneruskan program Hari Tanpa Kenderaan dan berharap lebih banyak penyertaan masyarakat memeriahkan program bulanan ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang baharu mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Shah Alam pada 6 Jun lalu berkata, beliau mahu memberikan tumpuan kepada penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan secara keseluruhan.

"Dari segi perbandaran pula, saya mahu beri fokus perkhidmatan terbaik kepada penduduk contohnya dari segi infra memastikan tiada jalan berlubang dan mengurangkan aduan masalah tersebut.

"Penekanan juga membabitkan sistem saliran dalam keadaan baik bagi mengatasi isu masalah banjir kilat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!