Lelaki ditahan bersama satu kilogram dadah

Dadah yang dirampas.
Dadah yang dirampas.
A
A
A
KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki dan merampas heroin hampir satu kilogram hasil serbuan di sebuah rumah di Felda Selendang 4, Rompin petang semalam.

Suspek berusia 43 tahun ditahan jam 4.20 petang ketika berada di belakang rumah berkenaan dipercayai sedang menunggu pelanggan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui dua plastik berisi ketulan dadah disyaki heroin dengan anggaran berat 896 gram dalam beg yang di bimbitnya.

Hasil soal siasat, polis menemui dan merampas 70.66 dadah sama yang disorok dalam tandas rumah tersebut.

"Nilai dadah dirampas dianggarkan RM48,500 dan suspek mengaku dadah itu miliknya yang dibeli daripada pengedar lain di kawasan Mersing,"katanya.
Artikel Berkaitan:


Azly berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas motosikal jenis Honda EX5 yang digunakan suspek.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh yang sudah berkahwin itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

" Suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau namun didapati positif dadah," katanya.