Tiada cuti tambahan Hari Hol dan Wesak di Pahang

Hebahan mengenai tiada cuti tambahan pada Hari Hol dan Hari Wesak di Pahang.
Hebahan mengenai tiada cuti tambahan pada Hari Hol dan Hari Wesak di Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang memaklumkan tiada sebarang cuti tambahan di negeri ini bagi menggantikan cuti pada Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh pada hari sama.

Kedua-dua cuti umum tersebut adalah pada Rabu 22 Mei ini.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata, berdasarkan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri menetapkan cuti bagi Hari Hol dan Hari Wesak adalah pada 22 Mei 2024 sahaja.

“Oleh yang demikian, tiada cuti tambahan bagi Negeri Pahang Darul Makmur pada 23 Mei 2024 bagi menggantikan cuti Hari Hol dan Hari Wesak yang jatuh pada 22 Mei 2024,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Artikel Berkaitan: