Polis siasat kejadian tular individu pegang objek disyaki pistol

Tular video menunjukkan individu terbabit memegang satu objek berwarna hitam disyaki pistol dan memandu kereta secara berbahaya.
Tular video menunjukkan individu terbabit memegang satu objek berwarna hitam disyaki pistol dan memandu kereta secara berbahaya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes individu memegang objek menyerupai pistol dan memandu secara berbahaya dipercayai berhampiran Pantai Batu Buruk di sini kira-kira 4 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung kes berkenaan yang tular di media sosial.

"Bagaimanapun saya menafikan ia kes penculikan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat di Facebook menunjukkan individu terbabit memegang satu objek berwarna hitam disyaki pistol dan memandu kereta secara berbahaya dengan menyeberang pembahagi jalan untuk memasuki laluan bertentangan.

Video tersebut dimuat naik dengan kapsyen mendakwa seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah diacu pistol di perut oleh pemandu berkenaan yang dikatakan cuba melarikan seorang kanak-kanak.

Dalam perkembangan lain, Azli berkata, seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meninggal dunia selepas kira-kira 18 jam bertarung nyawa setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans di persimpangan hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, 4.30 petang semalam.

Beliau berkata, Umie Elysha Lyana Basharuddin, 22, meninggal dunia pada 10.38 pagi tadi ketika dirawat di wad kecemasan HSNZ akibat kecederaan parah di kepala. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!