[VIDEO] 'Beri ruang polis siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan'

A
A
A

KUALA LUMPUR - Beri ruang kepada polis buat siasatan sekiranya betul dakwaan terdapat kebocoran laporan siasatan berhubung kes Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi dalam menjalankan sebarang siasatan.

Beliau berkata, proses penyiasatan perlu dilaksanakan dengan penuh cermat dan berhati-hati.

"Jika benar ia seperti didakwa, beri ruang kepada pihak polis melakukan siasatan dan mengesan bagaimana ia berlaku.

"Perkara seumpama ini merupakan satu elemen yang boleh mencacatkan proses penyiasatan," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan dan Posthumous di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Azmi Abu Kassim.

Saifuddin
Saifuddin

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, harapan orang ramai berhubung kes Zayn Rayyan sememangnya tinggi dan dakwaan tindakan membocorkan maklumat siasatan akan mengganggu proses siasatan yang masih dijalankan.

Kata beliau, sekiranya kes itu terganggu dengan perkara-perkara yang tidak diketahui kesahihannya, ia boleh mencetuskan keguasaran awam.

Tegas beliau, pemikiran rakyat tidak boleh berasaskan kepada persepsi tanggapan dan tidak sahih kebenarannya.

Untuk itu beliau berkata, semua siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara perlu dilaksanakan secara profesional dan tidak mengenepikan prinsip keadilan.

"Percayalah, saya sentiasa menerima maklumat terkini dan perkembangan baharu berhubung kes-kes besar yang dikendalikan oleh pihak berkuasa negara.

"Tidak ada keraguan berhubung usaha keras pihak polis dalam mengendalikan penyiasatan dengan kadar segera, namun tidak mengenepikan prinsip profesional dan adil," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!