24 pelajar SBP di Jempol keracunan makanan, 15 di wad

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

JEMPOL - Seramai 24 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah, manakala 15 masih ditahan di wad akibat mengalami keracunan makanan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr Roslan Hussin berkata, kesemua pelajar tingkatan satu hingga lima itu dirawat di hospital sejak malam Rabu.

"Mereka disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah makan tengah hari di dewan asrama sekolah semalam (Rabu).

"Sebelum itu 24 pelajar telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami simptom keracunan iaitu muntah dan cirit-birit," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, kesemua mereka telah ditahan di wad sebelum sembilan daripadanya telah dibenarkan keluar.

Ujarnya, seramai 15 lagi yang masih berada di wad berada dalam keadaan stabil.

"Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian itu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

24 pelajar SBP di Jempol keracunan makanan, 15 di wad #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Makan #Kesihatan #Keselamatan #Keracunan #Pelajar #Sekolah #SBP #Wad #Jempol

Conquerors - Matthias Förster

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!