'Saya akan buat laporan SPRM bila tiba masanya' - Sanusi

Sanusi
Sanusi
A
A
A

JITRA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia menyahut cabaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli supaya membuat laporan berhubung dakwaannya konon berlaku rasuah melibatkan ahli PKR dan DAP hingga menjejaskan rancangan pembangunan negeri.

Bagaimanapun, tegas beliau, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan dilakukan apabila tiba masanya nanti.

Sanusi berkata, beliau tidak membuat laporan SPRM buat masa ini bagi membiarkan pihak terlibat berseronok terlebih dahulu.

"Bagi galak (seronok) dulu, terkinja-kinja, lompat-lompat dan terjun telaga apa dahulu (dan) selepas itu saya (akan) buat laporan.

"Jikalau saya (buat) laporan sekarang, (maka) mereka tidak akan kenalah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serahan Kunci Projek Rumah Sejahtera di Mukim Binjal di sini pada Khamis.

Tambah Sanusi, beliau ingin membiarkan pihak terlibat leka dan lalai dengan perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat laporan berkaitan.

Sanusi (tiga dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada penerima pada Majlis Serahan Kunci Projek Rumah Sejahtera di Mukim Binjal pada Khamis.
Sanusi (tiga dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada penerima pada Majlis Serahan Kunci Projek Rumah Sejahtera di Mukim Binjal pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi mencabar Sanusi membuat laporan berhubung dakwaan dibuat Menteri Besar Kedah itu kononnya berlaku rasuah hingga menjejaskan pembangunan negeri itu.

Artikel Berkaitan:

Rafizi berkata, sekiranya benar dakwaan dibuat Sanusi itu, maka pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu perlu membuat laporan kepada SPRM.

Dalam perkembangan lain, Sanusi menegaskan, beliau ikhlas membuat tawaran untuk menjual air terawat kepada Pulau Pinang melalui Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar Lama, Bandar Baharu.

Jelas beliau, ia memandangkan LRA Lubuk Buntar Lama yang beroperasi sejak 1992 pernah membekalkan air terawat ke daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Katanya, penduduk tempatan akan terus memperoleh manfaat dengan menerima bekalan air bersih sekiranya Pulau Pinang bersetuju menerima tawaran terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!