Bersedia hadapi gelombang teknologi 5G

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

Malaysia semakin hampir merealisasikan teknologi generasi kelima apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Langkawi pada Ahad lalu. Antara kecanggihan teknologi 5G yang dipamerkan di situ ialah konsultasi perubatan jarak jauh dan kemudahan ambulans yang dilengkapi rangkaian berkenaan.

Pengkomersialan teknologi 5G pula dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Tidak syak lagi teknologi 5G akan mengubah gaya hidup rakyat Malaysia pada masa akan datang. Menurut syarikat penganalisis bebas, Open Signal, kelajuan maksimum teknologi 4G yang ada sekarang hanya pada purata 16.8 megabait sesaat (Mbps).

Namun, di negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Switzerland dan Korea Selatan yang menggunakan teknologi 5G, kelajuan maksimum muat turun data ke telefon pintar adalah melebihi 1,000 gigabait sesaat (Gbps).

Bayangkan, jika anda menghantar WhatsApp kepada seseorang menggunakan teknologi 4G, ia mengambil masa sekitar 9 milisaat (ms) untuk sampai kepada penerima tetapi dengan 5G, 1ms sahaja diperlukan. Terbukti ia teknologi masa nyata yang sungguh luar biasa. Selain itu, 5G juga menghubungkan berbagai peralatan pintar lain dalam satu masa dan ‘berkomunikasi’ sesama sendiri dengan lebih cepat.

Sungguhpun begitu, masih terdapat segelintir pihak yang bimbang mengenai kesan buruk teknologi 5G seperti dakwaan ia boleh membahayakan kesihatan termasuk menyebabkan kanser. Mujurlah dakwaan ia boleh menjejaskan kesihatan itu tidak benar, kata pakar.

Oleh itu, kerajaan perlu sentiasa memberi penjelasan berhubung kesan 5G ke atas kesihatan manusia termasuk mengemukakan data yang komprehensif daripada kajian di luar negara.

Sebagai rakyat Malaysia pula, kita harus memastikan penggunaan teknologi itu adalah terpadu bagi mengelakkan malapetaka.

Artikel Berkaitan:

Biarpun teknologi itu mampu mengubah kehidupan, ia juga dikhuatiri menjadi alat jenayah seperti mencuri maklumat individu dan negara dengan lebih mudah.

Apatah lagi pada masa ini, semua maklumat peribadi, daripada apa yang kita lakukan, ke mana kita pergi hinggalah apa yang dibeli, boleh dikatakan ada tersimpan di dalam telefon pintar yang dapat digodam pada bila-bila masa.