Saifuddin tak tenang, saya lebih tenang, kata Zuraida

Zuraida ketika sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam KPKT 2019 hari ini. -Foto Bernama
Zuraida ketika sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam KPKT 2019 hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin hari ini memulangkan paku buah keras kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memintanya agar tenang menjawab surat tunjuk sebab daripada parti.

Beliau mendakwa, Saifuddin melarikan diri ke luar negara ketika PKR berdepan kesukaran pada 2004, sedangkan beliau tetap bersama PKR demi menyelamatkan parti.

"Jadi, dia yang tidak tenang, saya lebih tenang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan berkata, surat tunjuk sebab itu akan dijawabnya sebelum tarikh akhir 29 Januari ini.

"Insya-ALLAH saya akan jawab," katanya.

Semalam, Saifuddin menasihati Zuraida agar tenang menjawab surat tunjuk sebab berhubung ucapan kontroversi pada majlis makan malam di sebuah hotel Disember lalu.

Dalam pada itu, Zuraida mahu memberi tumpuan membangunkan negara dan enggan membuang masa melayan perkara-perkara disifatkan remeh termasuk isu permohonan menyertai Bersatu yang tular semalam.

"Ia tidak benar. Ia perkara biasa dalam politik. Buat apa hendak bertindak (buat laporan polis).

Artikel Berkaitan:

"Selagi kita tahu siapa kita, ia tidak mengganggu saya," katanya selepas melancarkan Laporan Pencapaian 2019 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gesa Zuraida jawab tanpa prasangka: Saifuddin Nasution

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, sepanjang penglibatan dalam politik, tidak pernah terlintas untuknya menyertai parti lain.

"Itu tidak pernah terlintas. Apabila berada di landasan benar, tak jadi masalah," katanya.

"Itu tidak pernah terlintas. Apabila berada di landasan benar, tak jadi masalah," katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan (PH) akan menjadi kerajaan sepenggal, Zuraida berkata, ia adalah amaran kepada pemimpin terutamanya yang dilantik menjadi menteri.

Jelasnya, pihak terlibat perlu berubah sekiranya mahu mengekalkan kerajaan sedia ada pada penggal akan datang.

"Mereka harus hati-hati, kalau sayang kena berubah. Kalau tidak, kerajaan seperti ini tidak akan bertahan," katanya.