X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP catat 597 kesalahan libat rampasan RM1.8 juta

Veerapan meninjau harga barangan sempena pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina bermula hari ini.
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan mencatatkan nilai rampasan mencecah RM1.8 juta sepanjang tahun lalu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, nilai rampasan tersebut membabitkan sebanyak 597 kes melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh tersebut dengan nilai kompaun dan denda berjumlah RM125,700.

"Pada tahun lalu sebanyak 649 aduan diterima, namun hanya 597 kes yang dikesan membabitkan nilai rampasan sebanyak RM1.8 juta," katanya pada sidang media sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Tahun Baru Cina 2020 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz.

Veerapan memberitahu, sepanjang tempoh awal Januari ini, sebanyak 55 kes direkodkan dengan jumlah rampasan bernilai RM52,070 dan nilai kompaun RM9,350.

Veerapan melihat ayam daging sempena pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina bermula hari ini.
Veerapan melihat ayam daging sempena pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina bermula hari ini.

Sementara itu, sempena pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina bermula hari ini hingga 2 Februari depan, sebanyak 15 jenis barangan dikenal pasti berbanding 12 barangan sebelum ini.

Pertambahan barangan tersebut melibatkan cili merah, tomato dan ubi kentang import dari China, manakala kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barangan kering, hasil laut dan daging babi.

Katanya, seramai 98 pegawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan termasuk pegawai dari cawangan akan berada di semua lokasi tumpuan untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan khususnya sepanjang tempoh pelaksanaan skim tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus