Sorok motosikal, minuman keras tidak bercukai dalam gudang

Abdul Ghafar (tengah) memeriksa 39 motosikal yang disita dalam serbuan di sebuah gudang tayar di Nibong Tebal, Pulau Pinang, 13 Mei lalu.
Abdul Ghafar (tengah) memeriksa 39 motosikal yang disita dalam serbuan di sebuah gudang tayar di Nibong Tebal, Pulau Pinang, 13 Mei lalu.
A
A
A

IPOH - Taktik sindiket menyembunyikan motosikal dan minuman keras tidak bercukai dalam sebuah gudang tayar terbongkar apabila diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak pada 13 Mei lalu.

Serbuan sekitar jam 3.30 petang di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu dilakukan Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Pengkalan Hulu hasil maklumat awam

Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, pemeriksaan di gudang itu menemui 1,325 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM356,383.50 termasuk duti dan cukai.

Menurutnya, pasukan sama juga berjaya merampas 39 motosikal pelbagai model berjenama Sky Team bernilai lebih RM1 juta disyaki barang belum lulus kastam.

"Semasa serbuan, bukan sahaja tayar yang ada di premis itu, tetapi motosikal dan minuman keras yang diseludup.

"Siasatan dijalankan mendapati, motosikal ini dibawa masuk dari China melalui Pelabuhan Klang dan disembunyikan dalam gudang itu sejak lebih tiga tahun lalu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Abdul Ghafar (depan) menunjukkan motosikal pelbagai model berjenama Sky Team bernilai lebih RM1 juta disyaki barang belum lulus kastam.
Abdul Ghafar (depan) menunjukkan motosikal pelbagai model berjenama Sky Team bernilai lebih RM1 juta disyaki barang belum lulus kastam.

"Kita tidak menolak kemungkinan sindiket ini gagal menjual motosikal terbabit kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap," katanya dalam sidang akhbar di JKDM Kompleks Penguatkuasaan dan Pematuhan di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang juga pemilik gudang telah telah ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, semasa pemeriksaan, pemilik premis itu gagal mengemukakan sebarang dokumen termasuk permit import dan lesen menjual minuman keras di bawah Akta Eksais.

"Lelaki itu telah dibebaskan dan akan dipanggil semula untuk melengkapkan siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 32(1) Akta Eksais 1976," katanya.

Abdul Ghafar berharap, lebih ramai orang awam tampil menyalurkan maklumat kepada JKDM dalam usaha memerangi jenayah penyeludupan khususnya melibatkan rokok, minuman keras, kenderaan, mercun dan dadah.

"Kita beri jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat ini adalah dirahsiakan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!