Juruteknik universiti didakwa pecah amanah lebih RM165,000

Seorang juruteknik universiti di Johor Bahru mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM165,094.50 - Gambar hiasan
Seorang juruteknik universiti di Johor Bahru mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM165,094.50 - Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang juruteknik sebuah universiti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM165,094.50, lima tahun lepas.

Mohd Rizal Sangaiman, 45, didakwa menyalahgunakan wang milik universiti itu untuk kegunaan sendiri sebanyak RM67,429 antara 28 Jan hingga 27 Nov 2021, dan RM97,665.50 antara 1 Jan hingga 11 Jun 2022.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Batu Pahat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ameera D’Aneez Mohd Shukari manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang juruteknik universiti di Johor Bahru mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM165,094.50
  • Mohd Rizal Sangaiman didakwa menyalahgunakan wang universiti untuk kegunaan sendiri
  • Wang tersebut disalahgunakan dalam dua tempoh, RM67,429 antara 28 Jan hingga 27 Nov 2021, dan RM97,665.50 antara 1 Jan hingga 11 Jun 2022
  • Kesalahan dilakukan di sebuah bank di Batu Pahat dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan denda
  • Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 31 Mac

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!