Jom Derma Buku agih 1,350 buku kepada komuniti setempat

Dr Faizah (tujuh dari kanan) ketika menyerahkan buku kepada wakil Rumah Puteri Arafiah.
Dr Faizah (tujuh dari kanan) ketika menyerahkan buku kepada wakil Rumah Puteri Arafiah.
A
A
A

SHAH ALAM - Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya, Jom Derma Buku mengagihkan 1,350 buku kepada komuniti setempat pada Selasa.

Ketua Eksekutif iCEPS, Profesor Dr Faizah Abd Majid berkata, sumbangan buku-buku tersebut merupakan satu inisiatif baik dan memberikan manfaat kepada golongan yang memerlukan.

“Ia juga mempromosikan rasa cinta terhadap buku serta memupuk budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa.

“Kesemua buku diagihkan kepada Rumah Puteri Arafiah di Seksyen 7, Shah Alam; Rumah Amal Al-Firdaus di Denai Alam; Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam dan juga Perpustakaan Desa Meru,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dr Faizah (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Rumah Amal Al-Firdaus di Denai Alam.
Dr Faizah (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada wakil Rumah Amal Al-Firdaus di Denai Alam.

Beliau berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada warga UiTM yang tampil untuk menyumbang kepada usaha murni tersebut.

“Buku-buku yang diedarkan adalah hasil kutipan sumbangan daripada seluruh warga UiTM sendiri.

“Antara buku yang disumbangkan ialah buku-buku berjudul ilmiah, keagamaan serta kanak-kanak. iCEPS berterima kasih atas sokongan warga UiTM yang menekankan kepentingan perkongsian ilmu melalui pelbagai bahan bacaan untuk semua peringkat usia.

Artikel Berkaitan:

“iCEPS juga menjangkakan inisiatif ini akan diteruskan pada masa hadapan sebagai tanda sokongan kami kepada pembangunan pendidikan dalam kalangan komuniti tempatan,” tambah Dr. Faizah.

Beliau telah hadir ke setiap lokasi untuk menyerahkan sendiri sumbangan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!