'Bimbang kejadian hakisan tebing undang bahaya'

Hujan lebat pada awal pagi Rabu minggu lalu menyebabkan berlakunya runtuhan tebing jalan berhampiran Kampung Seginyeh,Jalan Inas di sini. Lokasi kejadian juga merupakan jalan utama Kampung Batu (Rembau) - Inas (Kuala Pilah) dan bilangan trafik yang melaluinya mencatat ratusan kenderaan setiap hari. Gambar kecil: Mohd Zahairudin

A
A
A

KUALA PILAH - Pengguna jalan raya dan penduduk yang melalui jalan berdekatan Kampung Seginyeh, Jalan Inas dekat sini bimbang apabila tebing terhakis sudah menghampiri jalan susulan runtuhan akibat hujan lebat pada awal pagi Rabu minggu lalu.

Laluan berkenaan merupakan jalan utama Kampung Batu (Rembau)-Inas (Kuala Pilah) dan bilangan trafik yang melaluinya mencatat ratusan kenderaan setiap hari.

Menurut salah seorang pengguna jalan raya, Nor Mazwan Ali,36, dia sering menggunakan jalan tersebut untuk ke Bahau, Jempol sejak lima tahun lalu, bagaimanapun, terkejut apabila mendapati laluan sempit sebaik melalui lokasi itu dan mendapati ada runtuhan tebing.

"Tebing itu kelihatan semakin menghakis, air juga agak laju bimbang kalau berlaku runtuhan lain pula. Saya harap pihak berkaitan dapat ambil tindakan segera untuk baikinya elak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Inas, Mohd Zahairudin Mohammad berkata, kejadian terbabit bermula kira-kira jam 4.30 pagi sebelum air mula naik di bahagian kiri jalan dekat simpang masuk ke Kampung Seginyeh.

"Kebiasaannya kalau hujan lebat akan berlaku banjir kilat bermula di perkampungan Orang Asli sehinggalah Rumah Rakyat Kuala Johol. Itu adalah kawasan tumpuan banjir.

"Bagaimanapun pada hari kejadian terdapat insiden lain pula berlaku melibatkan tebing tanah runtuh dekat selekoh jalan ini," katanya ketika ditemui pemberita pada petang Selasa.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman telah turun padang pada hari kejadian selain tindakan awal pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Pilah meletakkan pengadang keselamatan dan tanda amaran di lokasi.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan susulan juga akan dilakukan oleh pihak berkenaan dalam masa terdekat dan buat masa ini pengguna jalan raya diminta berhati-hati selain tidak memandu laju ketika melalui jalan tersebut,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!