Pelajar dijangkiti Influenza A terus meningkat di Selangor

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor merekodkan pelajar yang dijangkiti Influenza A meningkat kepada 863 pelajar dari 278 sekolah di negeri ini.

Pengarahnya, Dr Mahanom Mat Sam berkata, sehingga jam 9 pagi tadi, Petaling Perdana mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 231 pelajar dari 71 sekolah.

Menurutnya, daerah Klang pula kedua tertinggi dengan 154 pelajar membabitkan 55 sekolah diikuti Petaling Utama dengan 113 pelajar dari 34 sekolah.

"Seramai 102 pelajar dari 21 sekolah lagi di daerah Sepang manakala Gombak seramai 88 pelajar dari 33 sekolah dan Hulu Langat, 85 pelajar dari 36 sekolah.

"Daerah lain yang terlibat ialah Kuala Langat, 27 pelajar dari 11 sekolah; Hulu Selangor, 20 pelajar dari tujuh sekolah; Sabak Bernam, sembilan pelajar dari empat sekolah dan Kuala Selangor, lapan pelajar membabitkan enam sekolah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar di Selangor paling ramai dijangkiti influenza

Bagaimanapun katanya, sehingga kini, tiada kelas atau sekolah ditutup.

"Pihak sekolah dinasihatkan untuk sentiasa mengambil berat dan mengingati pelajar sentiasa mengawasi kesihatan masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, semua kes terbabit telah menerima rawatan di klinik dan hospital berhampiran dan dilaporkan stabil.

"Mereka diberi cuti rehat dan dinasihatkan untuk dikuarantin di rumah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari malah pesakit yang menerima rawatan di wad dan dipantau di hospital juga ada yang telah dibenarkan pulang," katanya.