X

Kindly register in order to view this article
!

Kantoi cuba seludup 'plastik hitam' dari Thailand

Sebanyak 59 tin makanan udang yang dibungkus dalam plastik hitam dan dibawa dalam bonet sebuah kereta berjaya dirampas Maqis.
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk makanan udang tanpa permit dari Thailand di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini Selasa lalu.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind berkata, pihaknya menemui 59 tin makanan udang dengan anggaran nilai RM800 dalam plastik hitam yang dibawa dalam bonet sebuah kereta dalam pemeriksaan pada 8.30 malam.

Menurutnya, barangan itu cuba dibawa masuk tanpa dokumen sah seperti permit import dan lesen pengimportan bawah Akta Makanan Haiwan 2009.

Makanan udang tanpa permit dari Thailand yang dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam.
Makanan udang tanpa permit dari Thailand yang dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam.

“Perbuatan mengimport keluaran perikanan tanpa permit sah oleh Jabatan Maqis adalah kesalahan bawah Sekyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan boleh dihukum bawah Seksyen 11(3) jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Lily Rosalind berkata, kesemua makanan udang yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Akta 728 ini adalah bagi memastikan kawalan penyakit haiwan/ikan/tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia, selain mengawal kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara,” katanya.