Karangkraf tawar diskaun harga al-Quran di PBAKL 2024

Pengunjung PBAKL 2024 di reruai Karangkraf melihat pelbagai jenis al-Quran.
Pengunjung PBAKL 2024 di reruai Karangkraf melihat pelbagai jenis al-Quran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang mendapatkan al-Quran terbaharu, Mushaf Al-Kubra terbitan Karya Bestari, Karangkraf dengan diskaun sebanyak 20 peratus di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang kini sedang berlangsung sehingga 2 Jun depan.

Editor Penerbitan Al-Quran Karya Bestari, Mohd Hasrul Wahab berkata, diskaun menarik itu juga ditawarkan untuk semua jenis al-Quran khas buat pemegang Keahlian VIP Karangkraf.

"Kami turut menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus kepada yang bukan ahli, manakala untuk al-Quran tagging yang sangat mendapat sambutan ramai diberikan 10 peratus diskaun.

Mohd Hasrul Wahab
Mohd Hasrul Wahab

"Al-Quran terbaharu iaitu Mushaf Al-Kubra bersaiz A3 mempunyai tulisan yang sangat besar dan jelas khas buat pembacanya dengan nilai tambah panduan bacaan Hamzah Wasal dan Nun Wiqayah bagi memudahkan pembacaannya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di PBAKL di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Selasa.

Tambah Mohd Hasrul, permintaan Mushaf Al-Kubra sepanjang pesta buku tersebut amat menggalakkan.

Ujarnya, harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan ia merupakan paling murah berbanding al-Quran keluaran lain bersaiz A3.

"Kami pasti dengan harga yang ditawarkan, pembeli akan berpuas hati. Al-Quran Karya Bestari terkenal dengan harga murah dan berkualiti tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Sememangnya tujuan utama Karangkraf terlibat dengan penerbitan al-Quran adalah bagi membantu orang ramai untuk mempelajarinya.

Pengunjung PBAKL 2024 di reruai Karangkraf melihat pelbagai jenis al-Quran.
Pengunjung PBAKL 2024 di reruai Karangkraf melihat pelbagai jenis al-Quran.

“Sasaran kami setiap rumah ada satu al-Quran. Untuk faham agama, ditinggalkan kepada kita dua pusaka iaitu al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Jelas beliau, naskah tersebut istimewa kerana mempunyai panduan Waqaf dan Ibtida' iaitu cara berhenti serta memulakan bacaan dengan blok warna selain lengkap dengan panduan bacaan Gharib dalam al-Quran dan tajwid berwarna.

Menurut Mohd Hasrul, Mushaf Al-Kubra turut dilengkapkan dengan doa khatam dan panduan membaca al-Quran dalam dwibahasa serta Asmaul Husna.

Pengunjung PBAKL 2024 di reruai Karangkraf melihat pelbagai jenis al-Quran.
Pengunjung PBAKL 2024 di reruai Karangkraf melihat pelbagai jenis al-Quran.

"Ia disemak dan diluluskan oleh Ahli Lajnah Tashih al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia," katanya.

Mushaf Al-Kubra dan semua al-Quran terbitan Karya Bestari boleh didapati di ruang reruai Karangkraf di Tingkat 3 sempena PBAKL 2024 ini dengan pelbagai diskaun menarik atau dapatkannya secara dalam talian melalui www.karangkrafmall.com.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!