PRK Sungai Bakap: PKR Pulau Pinang sudah susun gerak kerja

PKR Pulau Pinang sudah menyusun gerak kerja bagi menghadapi PRK Sungai Bakap. Gambar kecil: Fahmi
PKR Pulau Pinang sudah menyusun gerak kerja bagi menghadapi PRK Sungai Bakap. Gambar kecil: Fahmi
A
A
A

GEORGE TOWN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang sudah menyusun gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang diketuai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan terbabit.

Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, kerajaan Pulau Pinang yang diwakili oleh Kerajaan Perpaduan sudah bersiap sedia secara tersusun dengan mewujudkan Penyelaras Kawasan DUN Sungai Bakap dan kawasan-kawasan DUN yang Pakatan Harapan-Barisan Nasional belum menang.

"Jumlah keseluruhan adanya penyelaras DUN adalah 11 kawasan yang mana, semua kawasan ini belum dimenangi oleh PH-BN. Di bawah penyelaras, wujudnya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

"Mereka ini terdiri daripada ketua jentera daerah mengundi (JDM) Keadilan yang mana, secara stuktur dan organisasinya, kita sudah sedia dan lengkap," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah Fahmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, mesyuarat telah dijalankan oleh PKR dengan meninjau struktur yang telah wujud dan sudah lama dalam keadaan bersedia.

"Adalah menjadi rutin bulanan bagi pimpinan Keadilan Negeri memberi fokus pada kawasan-kawasan yang belum dimenangi termasuk kawasan DUN Sungai Bakap.

"Setiap bulan iaitu minggu keempat setiap bulan mesyuarat akan diadakan yang mana, bagi DUN Sungai Bakap, mesyuarat dijalankan pada Sabtu lalu.

"Saya yakin persediaan kali ini lebih tersusun dan lebih baik dengan adanya penyelaras DUN," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, kerusi DUN Sungai Bakap telah dikosongkan susulan kematian Nor Zamri Latiff pada Jumaat lalu.

Nor Zamri meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya selepas dirawat lebih tiga minggu kerana komplikasi perut.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!